Friday, January 16, 2009

Perihal Madrus dan silsilah keluarga


Saya mulai mencari susur galur keluarga terutamanya daripada ayahanda saya, Haji Shaiddin Mohd.Hashim. Beliaulah yang banyak bercerita kepada saya mengenai jurai keturunan keluarga kami. Pengetahuan saya mengenai hubungan kekeluargaan dan kekerabatan itu diperluas lagi kerana saya rajin bertanya kepada arwah pakcik saya, Haji Rakunman Mantar dan arwah pakcik Iping Subuh.
Tetapi saya fikir ada beberapa tokoh atau personaliti yang layak dijadikan rujukan jika bercerita mengenai soal silsilah keluarga ini.
Antaranya ialah OKK Haji Masrin Haji Hassin, juga abang sepupu saya, Haji Asmad Ruddin.
Saudara Bakrim Haji Omar juga boleh dikatakan menguasai mengenai silsilah keluarga dan seorang lagi yang boleh menjadi rujukan ialah saudara Laliman Haji Ahmad.
Di kalangan kerabat, pakcik Samad bin Tawau juga memiliki pengetahuan mengenai susur galur keluarga. YB Datuk Haji Musbah (kini Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk) juga telah memasukkan silsilah keluarga, family tree dalam komputernya mengunakan microsoft Excell. Tetapi saya kira, Madrus Haji Ibrahim (gambar) mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam mengingat dan menghafal genealogy keluarga. Itulah sebabnya saya menyarankan ahli-ahli keluarga, kerabat dan saudara mara di Kota Belud mengambil kesempatan untuk bertanya mereka selagi hayat di kandung badan.
Nama Cikgu Hajat Haji Lassin juga, dan Razak Haji Rakunman juga mempunyai perbendaharaan mengenai silsilah keluarga yang boleh dijadikan rujukan kepada golongan kerabat kita.

No comments: