Sunday, December 19, 2010

dengan pakcik jaim di Pitas

Saya berasa agak gembira ketika tanpa disangka bertemu pakcik Jaim di Pekan Pitas., Ahad 19 Dis.Beliau sudah lama bermastautin di Pitas dan beranak pinak di daerah utara Sabah itu. Pakcik Jaim bin Omar Singkam. Omar Singkam dan atuk saya, Haji Mohd.Hashim atau markasam setengah orang memanggilnya omar kasam adik beradik, iaitu anak kepada Mialah atau Datu Mialah.
Pakcik Jaim dikurniakan enam anak. Yang pertama, Jamijah, kini berkedai restoran di Paitan, Jamlidi (pemuda di kanan saya) Jumati, Jamnijah, Jamijan dan Jamadi.
Pakcik Jaim juga meminta saya supaya menuliskan silsilah. Sebenarnya silsilah itu telah selesai ditulis tetapi entah dimana pula saya menyimpannya.

Sunday, December 12, 2010

Amir bertunang













Ketika majlis pertunangan Amir dan Titin ini, saya sedang berada di Manila. 21 November, jika tidak silap saya.Saya `pinjam' gambar ini dari facebook Titin untuk tatapan keluarga.

Sunday, October 31, 2010

Catatan tentang bapa

Saya sebenarnya agak seronok mendengar cerita Mabul disuruh baca berzanji. Sebelum ini dia tak pernah baca berzanji di khalayak ramai, tetapi ketika diminta imam baca berzanji, diapun terpaksalah baca berzanji.Mujurlah ketika kecil dahulu, arwah Bapa selalu menasihatkan kami agar belajar semua perkara jika mahu menjadi lelaki.



Baginya lelaki mestilah serba boleh. Kalau diminta baca berzanji boleh, kalau diminta bersilat boleh, kalau diminta berpantun boleh dan pokoknya belajar semua bidang kehidupan.Cuma beliau memperingatkan kami agar jangan menunjuk-nunjuk.



Ilmu, katanya, harus diamalkan dengan kerendahan hati, dan hanya dengan cara itulah kita mendapat kemuliaan dan keredhaanNya.



Kini sudah seratus hari bapa kembali ke rahmatNya.



Saya teringat betapa beliau sebenarnya seorang luar biasa.Di kalangan kawan-kawannya beliau dikenali sebagai seorang pencerita yang penuh jenaka. Seorang penglipur lara. Di kalangan keluarganya, beliau seorang yang amat dihormati dan disegani.



Beliau seorang yang berilmu dan memang seorang yang serba boleh.Walaupun banyak dikenali sebagai seorang budayawan, kerana kemampuannya menguasai budaya dengan segala aspeknya, arwah bapa juga seorang ahli bahasa, yang selalu menjadi rujukan.



Beliau menguasai bahasa Bajau sampai ke akarnya. Malah beliau menguasai bahasa Dusun, dengan baik sampai boleh mendongeng dalam bahasa itu. Selain itu, beliau juga mampu bertutur bahasa Iranun, dan hampir lima bahasa lain seperti Inggeris, Hailam, Gurka, Jepun dan bahasa tempatan yang lain.Jika diminta berpantun atau dalam budaya masyarakat Kota Belud dipanggil isun-isun, dia boleh berpantun, berbalas pantun dengan tiga atau empat orang sekaligus, dengan amat pantas dan spontan.Satu ketika bersama arwah Haji Rashkin Saum, mereka pernah menjadi Naib Juara Berbalas Pantun yang diadakan di Sabah College.



Saya pernah menyaksikannya berpantun isun-isun sampai pagi.Jika diminta berkalang sambil berunsai, beliau juga boleh berkalang dan berunsai. Beliau menguasai bahasa klasik dengan baiknya.Arwah bapa menghasilkan juga banyak karangan.



Beliau pengarang syair, pernah menulis perjuangan syarif Osman, perjuangan Tun Mustapha dalam bentuk syair, beliau pernah menulis kisah percintaannya dengan ibu saya, dalam bentuk syair dan inilah satu-satunya yang masih tersimpan, beliau menulis hikayat dan sebagainya.



Ilmu, kata bapa saya mesti dikuasai semuanya. Beliau menekankan agar kami belajar ilmu dunia akhirat.



Jika disuruh membaca khutbah, bapa saya pernah menjadi khatib di kampung kami. Jika diminta membaca doa selamat, beliau oleh membaca doa, jika diminta berzanji, beliau boleh membaca berzanji-apatahlah lagi atuk saya dulu dikenali di kampung Linau sebagai orang yang suaranya merdu ketika berzanji.Arwah bapa saya juga menguasai pelbagai jenis silat, dan di kalangan rakan-rakannya di sebut sebagai `guru' kerana mempunyai pelbagai pengetahuan.



Beliau juga dengan mudah mampu berbicara dengan siapa saja.Seorang yang mudah bergaul, sama ada kanak-kanak, orang muda, orang agama, orang budaya, orang terpelajar, dan macam macam lagi orang. Saya fikir inilah yang menyebabkan beliau sangat dihormati dan disegani, bukan kerana kejaguhannya tetapi kerana ilmu yang ada didadanya,



Masing-masing orang punya kelebihan dan keistimewaan, katanya. Kita haruslah menghormati dan menghargai semua. Kita jangan sombong dan angkuh dengan ilmu yang kita ada, kerana pastilah ada yang pandai daripada kita. Amalkan ilmu dengan kerendahan hati, jangan menunjuk-nunjuk, katanya. Itu akan menyebabkan ilmu tidak berkat.



Dengan caranya sendiri, beliau selalu menasihati dan menggalakkan kami belajar ilmu dunia akhirat. Proses belajar tak pernah berhenti, hingga ke liang lahad, katanya.Kini beliau sudah tiada, kami benar-benar terasa kehilangannya. Semoga segala amal kebaikannya diterima Allah dan dosanya diampuni. Semoga beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang diberkati. Alfatihah.

Thursday, June 3, 2010

sipadul padul kiti- sedikit kisah menjejak keluarga

Ada waktunya saya menyesali diri kerana tidak sempat pulang kampung. Terutamanya pada 29 Mei lalu. Saya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu Siti Zaliah Haji Madlan di Kampung Bobot kerana terpaksa bertugas. Kerja sebagai wartawan memang waktunya tidak menentu tetapi saya telah memilih untuk menjadi wartawan, dan itulah akibatnya. Ada waktunya kita terpaksa mendahulukan tugas dan melupakan yang lain.
Kesedihan dan penyesalan saya berlipatn apabila pada hari yang sama, Makcik Sairi atau yang saya panggil Bu Rik atau Bu Ki itu kembali ke rahmatullah di Kampung Linau pada awal pagi, hari yang sama.

Hanya pada malam ketiga saya sempat berziarah ke kampung Linau dan disana bertemu dengan saudara mara, pakcik makcik dan anak buah yang di antara mereka ada yang lama, tidak saya jumpa.

Banyak perkara yang dibualkan dalam ziarah singkat itu. Bila pakcik Rasdim pulang, ada juga keluarga yang bertanya kerana tidak mengenalinya.

Saya kenal Pakcik Rasdim itu, cuma barangkali saya tidak pasti nama sebenarnya. Kali ini saya ingin mencatatkan sedikit silsilah keluarga untuk manfaat bersama.

Pakcik Rasdim dari Kampung Kesapang Kota Belud. Rasdim bin Singkam. Singkam atau Omar Singkam adalah anak bungsu kepada Datu Mialah yang biasa disebut Mialah saja.

Datu Mialah mempunyai tujuh orang anak, iaitu Siti Hawa, Abd.Rajik atau Embo Solo', Abd.Rakam atau Gunung,Siti Pegam,Haji Markasham atau Haji Mohd.Hashim, Baitiah atau Tiah dan Omar Singkam iaitu anaknya dengan Bu Indung.

Anak-anak Siti Hawa ialah Anjar, Rejikah, Rajikal atau Jikal, Jikum alias Haji Nasir, Rajikini, Jimrah, samrah, Haji Kasirun dan Kadirun.

Anak-anak Abd.Rajik atau Embo Suloh pula ialah Kerunah, Haji Madjenun, Hajah Maimunah alias Bainun, Haji Nurajin dan Jaindah.

Anak-anak Abd.Rakam pula ialah Anud (Yang Seli), Hajah Sitah (Yang Lui), Jubil (Ma' Masni), Konol @ Jamnol (Ma Jasni), Hajah Jariah (Yang Enda), Samliah (Yang Sap), Samlikah (Bu Ikah) dan Azral.

Siti Pegam bagaimanapun tiada zuriatnya.

Anak-anak Haji Markasham atau Haji Mohd.Hashim ialah Siban (Ma' Madli), Saibin, Haji Shaiddin (Ma' Saip), Rosmah (Yang Rebatin), Raskal, Madnan (Ma' tuna) dan Haji Madlan (Ma' zara).

Anak-anak Baitiah ialah Patli, Mono (yang tanim), Patla (Yang pelian), Ahmadshah dan Sairi. (Catatan ini dibuat sehabis berziarah ke tempat arwah Makcik Sairi atau Bu Rik pada hari ketiga beliau meninggal).

Anak anak Singkam atau Omar Singkam ialah Zaim, Saim, Rasdim, Dulim, Moloi atau Rebati dan ada lagi yang saya tak ingat.

Saya fikir catatan ini perlu diperkemaskan kerana ramai ahli keluarga terutamanya yang muda remaja makin tidak mengenal saudara mereka dan pertalian keluarga anatara mereka.

Kami bedinakan?
Pian li' bi' bedinakan?
tah
nya' pan teratiku. he he

Tuesday, January 12, 2010

Sejenak di Batu Payung

Kami sempat berkunjung ke Batu Payung 19 Disember yang lalu. Ayah sempat berjumpa dengan saudara saudara sepupunya iaitu pakcik Cikgu Ismail Alim (pakcik Maing) dan Pakcik Anting (Ahmad Alim). Kebetulan pula anak-anak arwah pakcik tamby (Mahmud Alim) berada di Batu Payung ketika itu. Ada kak hasnah, Maimunah, bang Yunus, Ottoh dan anak-anak buah kami.