Sunday, September 27, 2009

Di rumah pakcik Anting di Batu Payung

Hanya Pakcik Anting (Ahmad Alim) yang berada di rumahnya ketika itu. Pagi hari raya kedua. Pakcik Maing dan keluarga tak ada di rumah. Kami sudah lama tidak berkunjung ke Batu Payung. Sudah agak lama iaitu selepas Bu Rizah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Hanya Pakcik Anting (Ahmad bin Alim) dan Pakcik Maing (Ismail Alim) sepupu bapa yang masih hidup. Arwah Pakcik Tambi (Mahmud Alim) telah lama meninggal, disusuli kemudian oleh Bu Rizah, (Arizah Alim) beberapa tahun lalu.
Ada beberapa perubahan. Rumah lama yang dibina tahun 1958 telah dirobohkan. Alhamdulillah Pakcik Anting dapat rumah yang baru.
Sempat juga memberitahu hasrat untuk mempertemukan mereka dengan keluarga dari Beluran.Kebetulan Cikgu Noryatih anak pakcik Madsah Takim sudah berpindah ke Tawau. Dan kuburan nenek kami (moyang sebenarnya) Satuh ada di BatuPayung. Nek Takim dan Nek Alim itu adik beradik dengan nenek saya, nek Sablah.Bermakna bapa saya, Haji Shaiddin, Pakcik Anting, Pakcik Madsah di Kampung Jaya Bakti Beluran itu adalah sepupu.
Semoga hasrat mempertemukan mereka nanti terkabul.Semoga













Tuesday, September 15, 2009

Bapa dan cucucucunya

Bapa dan cucu-cucunya.Ramai lagi yang tida ada dalam gambar ini. Inilah generasi yang akan meneruskan perjuangan

Sekadar gambar anak Mabulmaddin

Ahmad Norilham, Fatihah, Maizatul Setia, dan Saidatul Mulia. Ini gambar anak-anak Mabulmaddin. Hanya mohd.Shukri tiada dalam gambar kerana ketika itu masih tertidur. fatihah yang paling kecil itu, takutkan pakciknya dan nangis kalau diambil.




Cerita Awang Mukhriz

Awang Mukhriz Sigar. Di pangkuan atuknya, awang mukhriz kelihatan tenang. Ayahnya berasal dari Kampung Penimbawan Tuaran manakala ibunya adik perempuan kami, Dayang Noorkanah Haji Shaiddin.
Namanya diambil sempena nama Mukriz Tun Dr.Mahathir, semoga bila besar nanti Awang Mukhriz akan berupaya mencontohi dan meneladani Mukhriz.







Friday, June 26, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Dengan keluarga kak melati dan ustaz man


Inilah gambar ketika bertama kali bertemu dengan keluarga kak melati di Batu 7, Sandakan. Anak kecil yang dipegangnya adalah adalah anak adik lelakinya Ust Man (berdiri tengah ) yang mengajar di SMK Pamol. Isterinya (duduk dua dari kiri) orang Perlis.
Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan bertambah kukuh

Sunday, March 8, 2009

Gambar Noryatih bersama keluarga


Saya kira Kak Noryatih (Cikgu Noryatih Ahmad shah) agak terkejut ketika menerima kunjungan saya ke rumahnya di Sandakan, satu ketika dulu. Beliau tidak pernah menyangka akan ada keluarga dari sebelah ayahnya yang akan datang bertamu menyambung tali silaturrahim. Sebelum ini tidak pernah ada yang datang. Dan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan kerabat dan saudara mereka di Kota Belud. Saya berusaha mencari mereka.Saya diambil Ust Man ketika menginap di Hotel Sandakan kemudian kami ke rumah kak Melati. Sebelum pulang semua ke hotel, kami singgah ke tempat Kak Noryatih ini. Dan inilah gambar kenangan.
Ayah saya, Hj Shaiddin Haji Mohd.Hashim adalah saudara sepupu kepada Ahmad Shah Takim.Kerana nenek saya, sablah dan atuk Takim itu adik beradik. Bapa mereka, Satuh meninggal dan dimakamkan di Batu Payung Tawau.
Cikgu Noryatih kini bertugas di Maktab Perguruan Tawau. Suaminya, abang Shamrin (duduk tengah) berasal dari Selangor dan bertugas dengan pasukan keselamatan.

Wednesday, February 11, 2009

mengambil gambar sendiri



Saya mengambil gambar kami berdiri menggunakan kamera Canon. Gambar ini dirakamkan ketika kami menonton tarian singa di Jesselton Point. Hanya Ahmad Aliff Farhan dan ibunya naik pesawat Air Asia kerana Sitti Mehran Yasmine dan Ahmad Fawzan pulang menaiki kereta bersama neneknya.

Aliff Farhan dan pakcik Amirnya


Aliff Farhan dan pakcik Amirnya. (Amiruddin Hj Shaiddin) ,
Amir kini bertugas sebagai pembantu Penyelidik di Jabatan Pertanian di Tuaran Bahagian Patologi tumbuh-tumbuhan. Gambar ini dirakam di Kampung Tamau petang 31 Januari 2009

Suasana majlis perkahwinan si Datu








Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan si Datu di Kg Tamau dan Tawadakan 31 Januari 2009


Ma awin dan Yang Awin nyanyi


Abang saya, Ma Awin (Japdin) dan isterinya, Yang Awin (Sainah Mansun)menyanyi menghibur kami. Yang Awin berasal dari Kg Palak Banggi dan kini mereka menetap di Kudat.

Fawzan, Ilham dan Si Mai serta anak buah mereka


Ahmad Fawzan (tiga dari kiri) bergambar bersama sepupu, Ahmad Norilham bin Mabulmaddin (kanan sekali) dan Maizatul Setia bte Mabulmaddin (dua dari kiri) bersama anak saudara mereka, fizi (kiri sekali) anak Mastuni dan dua anak Jamsari

Kak Yang Sidi


Setiap kali ada majlis di Kampung Tamau,Kak Yang Sidi lah antara orang yang banyak membantu, memasak, buat kuih, dan sebagainya. Sungguh berjasa Kak Yang Sidi ini.

Fawzan dan Shafiq


Gambar Shafiq dan Fawzan.
Mohd.Shafiq bin Wahiduddin bin Haji Mohd. Shaiddin
Ahmad Fawzan bin Abd.Naddin bin Haji Mohd.Shaiddin
Mohd.Shafiq (kiri) menetap di Kampung Kulambai, Kota Belud.
Ahmad Fawzan (kanan) bermastautin di Kg Titingan Hujung, Tawau.

Makcik Yang Sap



"Mana binimu?" Tanya makcik yang Sap sebaik saya menyalaminya. Sudah lama mereka tidak bertemu, kalau tidak silap waktu itu, mehran masih kecil ketika kami ke Kampung Linau berhari raya.
Saya merakamkan gambar, walaupun kurang jelas, pertemuan mereka itu.

Makcik Yang Sap dari Kampung Linau adalah sepupu bapa. Makcik yang Sap adalah anak kepada Abd.Rakam. Abd Rakam bin Datu Mialah.Datu Mialah bin Datu Dulah.Datu Dulah bin Datu Miraja Dinda.

Tuesday, February 3, 2009

Bersama sepupu


Anakanda Mehran dan Fawzan bersama sepupu mereka








Keluarga Wahiduddin


Wahiduddin atau kini bergelar bapa syafiq bergambar bersama anaknya si Syafiq dan isterinya Masniah Matdin dari Kg Kulambai KB. Wahid merupakan adik saya yang paling bungsu.

Puyung dan Kakak Ulan


Saudara sepupu, Norma Haji Rakunman yang kami panggil Puyung dan Dayang Timbulan atau Hajah Siti Rahmah Haji Rakunman yang baru menunaikan fardhu haji bersama anak-anak mereka.Mohd.Fakri, Dayang Saerah danFatihah, ramai lagi yangtiada dalam gambar ini. Puyung kini menetap di Keningau bersama keluarga manakala Hajah Siti Rahmah kini mengajar di SK Tamau

Pakcik Kuku Rimau

Ini seorang lagi bapa saudara saya Norbin bin Mat. Beliau merupakan adik satu ibu dengan bapa. Pakcik Norbin ataupun Kuku Rimau, begitu bapa memanggilnya, mempunyai zuriat yang ramai.

Pakcik Cikgu


Seorang lagi pakcik, asik beradik bapa saya.Pakcik Haji Madlan Haji Markasham @ Hj Mohd. Hashim. Bekas guru. Kini menetap di Kampung Bobot Kota Belud

Pakcik Punga


Ini pakcik Punga'. Pakcik Raskal iaitu saudara lelaki bapa saya. Beliau menetap di Kampung Linau Kota Belud.

Friday, January 16, 2009

Mengenai Datu Mialah bin datu Dullah

Ini satu lagi susur galur keluarga yang diceritakan Madrus. Haji Mohd Hashim atau Markasham (iaitu atuk saya sebelah bapa) bin Datu Mialah. Datu Mialah bin Datu Dullah. Adik beradik Haji Mohd.Hashim atau Markasham ialah Abd.Rakam (Kg Linau) , Abd.Rajik (kg Taun Gusi) , Siti Hawa , Omar Singkam (Kg Kesapang)akan diperincikan kemudian

Adik beradik Datu Mialah ialah Ning. Anak Ning antaranya Merandi.Merandi anaknya Lombon iaitu yang inti dan yang seman.Nganak Arin ialah Zati, (iaitu yang Norawi) isteri Haji Kata.

Arwah Datu Milah ini meninggal di Kampung Bingkungan Kota Marudu. Beliau mudah diingat oleh orang-orang zaman itu kerana misainya yang dipilin dengan cantik.Beliau mempunyai isteri disana tetapi malangnya tidak mempunyai anak. Bapanya bernama Datu Dullah.

Adik beradik Datu Dullah ialah Salleh, Nyal, Endusup, yang embo bilis, bu ungat, yang ebo' lapi?.

Datu Dullah bin Embo Asim. Embo Asim ini menurut cerita bergelar Datu Maharija Dinda, yang bersaudara dengan Datu Badin, dan datuk kepada Datuk Jamigul.

Ibu Haji Mohd.Hashim @ Markasham ialah Siti Aisyah. Siti Aisyah atau embo esa berbintekan Abdul Laham. Abdul Laham adik beradik dengan Abdullah bin Duaming. Famili Duaming menetap di Kampung Pirasan, Tenghilan, Sungai Damit, Inanam Laut, Likas

Duraup dan Zaharah Adik beradik

Secara kebetulan saya sempat bersembang dengan saudara Madrus mengenai silsilah keluarga sebelah ayah dan ibu, secara ringkas.

Nama ibu saya, Hajah Siti Shukra atau Katianah bte Mantar. Mantar bin Abdul Rauf atau Duraup.

Menurut saudara Madrus, Duraup adik beradik dengan Zaharah. Zaharah berkahwin dua kali, yang pertama dengan Langki @ Abdullah dan yang kedua dengan Datu Sa Lembak.

Anak-anaknya ialah jusi, ansal, itu, pela, kundu, yang teli, embu rabun (kelurga arwah Tiukup) dan banyak lagi. Yang Teli anaknya Haji Akim iaitu bapa kepada Japlin (kini YB Datuk Japlin Haji Akim).

Katanya, ada juga anak Dusi di Ranau yang pernah dijumpainya iaitu Ila dan Uli (juga akan ditelusuri nanti)

Catatan ringkas ini akan disusuli kemudian.

Perihal Madrus dan silsilah keluarga


Saya mulai mencari susur galur keluarga terutamanya daripada ayahanda saya, Haji Shaiddin Mohd.Hashim. Beliaulah yang banyak bercerita kepada saya mengenai jurai keturunan keluarga kami. Pengetahuan saya mengenai hubungan kekeluargaan dan kekerabatan itu diperluas lagi kerana saya rajin bertanya kepada arwah pakcik saya, Haji Rakunman Mantar dan arwah pakcik Iping Subuh.
Tetapi saya fikir ada beberapa tokoh atau personaliti yang layak dijadikan rujukan jika bercerita mengenai soal silsilah keluarga ini.
Antaranya ialah OKK Haji Masrin Haji Hassin, juga abang sepupu saya, Haji Asmad Ruddin.
Saudara Bakrim Haji Omar juga boleh dikatakan menguasai mengenai silsilah keluarga dan seorang lagi yang boleh menjadi rujukan ialah saudara Laliman Haji Ahmad.
Di kalangan kerabat, pakcik Samad bin Tawau juga memiliki pengetahuan mengenai susur galur keluarga. YB Datuk Haji Musbah (kini Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk) juga telah memasukkan silsilah keluarga, family tree dalam komputernya mengunakan microsoft Excell. Tetapi saya kira, Madrus Haji Ibrahim (gambar) mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam mengingat dan menghafal genealogy keluarga. Itulah sebabnya saya menyarankan ahli-ahli keluarga, kerabat dan saudara mara di Kota Belud mengambil kesempatan untuk bertanya mereka selagi hayat di kandung badan.
Nama Cikgu Hajat Haji Lassin juga, dan Razak Haji Rakunman juga mempunyai perbendaharaan mengenai silsilah keluarga yang boleh dijadikan rujukan kepada golongan kerabat kita.

Thursday, January 8, 2009

Kem Jati Diri


Kem Jati Diri anjuran Kelab Belia Tamau KEBETA, Persatuan Graduan Iranun Sabah dan Persatuan Keluarga Mantar Rashid yang diadakan tahun lalu.Tahun ini, saya belum dapat gambarnya.