Thursday, June 3, 2010

sipadul padul kiti- sedikit kisah menjejak keluarga

Ada waktunya saya menyesali diri kerana tidak sempat pulang kampung. Terutamanya pada 29 Mei lalu. Saya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu Siti Zaliah Haji Madlan di Kampung Bobot kerana terpaksa bertugas. Kerja sebagai wartawan memang waktunya tidak menentu tetapi saya telah memilih untuk menjadi wartawan, dan itulah akibatnya. Ada waktunya kita terpaksa mendahulukan tugas dan melupakan yang lain.
Kesedihan dan penyesalan saya berlipatn apabila pada hari yang sama, Makcik Sairi atau yang saya panggil Bu Rik atau Bu Ki itu kembali ke rahmatullah di Kampung Linau pada awal pagi, hari yang sama.

Hanya pada malam ketiga saya sempat berziarah ke kampung Linau dan disana bertemu dengan saudara mara, pakcik makcik dan anak buah yang di antara mereka ada yang lama, tidak saya jumpa.

Banyak perkara yang dibualkan dalam ziarah singkat itu. Bila pakcik Rasdim pulang, ada juga keluarga yang bertanya kerana tidak mengenalinya.

Saya kenal Pakcik Rasdim itu, cuma barangkali saya tidak pasti nama sebenarnya. Kali ini saya ingin mencatatkan sedikit silsilah keluarga untuk manfaat bersama.

Pakcik Rasdim dari Kampung Kesapang Kota Belud. Rasdim bin Singkam. Singkam atau Omar Singkam adalah anak bungsu kepada Datu Mialah yang biasa disebut Mialah saja.

Datu Mialah mempunyai tujuh orang anak, iaitu Siti Hawa, Abd.Rajik atau Embo Solo', Abd.Rakam atau Gunung,Siti Pegam,Haji Markasham atau Haji Mohd.Hashim, Baitiah atau Tiah dan Omar Singkam iaitu anaknya dengan Bu Indung.

Anak-anak Siti Hawa ialah Anjar, Rejikah, Rajikal atau Jikal, Jikum alias Haji Nasir, Rajikini, Jimrah, samrah, Haji Kasirun dan Kadirun.

Anak-anak Abd.Rajik atau Embo Suloh pula ialah Kerunah, Haji Madjenun, Hajah Maimunah alias Bainun, Haji Nurajin dan Jaindah.

Anak-anak Abd.Rakam pula ialah Anud (Yang Seli), Hajah Sitah (Yang Lui), Jubil (Ma' Masni), Konol @ Jamnol (Ma Jasni), Hajah Jariah (Yang Enda), Samliah (Yang Sap), Samlikah (Bu Ikah) dan Azral.

Siti Pegam bagaimanapun tiada zuriatnya.

Anak-anak Haji Markasham atau Haji Mohd.Hashim ialah Siban (Ma' Madli), Saibin, Haji Shaiddin (Ma' Saip), Rosmah (Yang Rebatin), Raskal, Madnan (Ma' tuna) dan Haji Madlan (Ma' zara).

Anak-anak Baitiah ialah Patli, Mono (yang tanim), Patla (Yang pelian), Ahmadshah dan Sairi. (Catatan ini dibuat sehabis berziarah ke tempat arwah Makcik Sairi atau Bu Rik pada hari ketiga beliau meninggal).

Anak anak Singkam atau Omar Singkam ialah Zaim, Saim, Rasdim, Dulim, Moloi atau Rebati dan ada lagi yang saya tak ingat.

Saya fikir catatan ini perlu diperkemaskan kerana ramai ahli keluarga terutamanya yang muda remaja makin tidak mengenal saudara mereka dan pertalian keluarga anatara mereka.

Kami bedinakan?
Pian li' bi' bedinakan?
tah
nya' pan teratiku. he he