Friday, January 16, 2009

Mengenai Datu Mialah bin datu Dullah

Ini satu lagi susur galur keluarga yang diceritakan Madrus. Haji Mohd Hashim atau Markasham (iaitu atuk saya sebelah bapa) bin Datu Mialah. Datu Mialah bin Datu Dullah. Adik beradik Haji Mohd.Hashim atau Markasham ialah Abd.Rakam (Kg Linau) , Abd.Rajik (kg Taun Gusi) , Siti Hawa , Omar Singkam (Kg Kesapang)akan diperincikan kemudian

Adik beradik Datu Mialah ialah Ning. Anak Ning antaranya Merandi.Merandi anaknya Lombon iaitu yang inti dan yang seman.Nganak Arin ialah Zati, (iaitu yang Norawi) isteri Haji Kata.

Arwah Datu Milah ini meninggal di Kampung Bingkungan Kota Marudu. Beliau mudah diingat oleh orang-orang zaman itu kerana misainya yang dipilin dengan cantik.Beliau mempunyai isteri disana tetapi malangnya tidak mempunyai anak. Bapanya bernama Datu Dullah.

Adik beradik Datu Dullah ialah Salleh, Nyal, Endusup, yang embo bilis, bu ungat, yang ebo' lapi?.

Datu Dullah bin Embo Asim. Embo Asim ini menurut cerita bergelar Datu Maharija Dinda, yang bersaudara dengan Datu Badin, dan datuk kepada Datuk Jamigul.

Ibu Haji Mohd.Hashim @ Markasham ialah Siti Aisyah. Siti Aisyah atau embo esa berbintekan Abdul Laham. Abdul Laham adik beradik dengan Abdullah bin Duaming. Famili Duaming menetap di Kampung Pirasan, Tenghilan, Sungai Damit, Inanam Laut, Likas

Duraup dan Zaharah Adik beradik

Secara kebetulan saya sempat bersembang dengan saudara Madrus mengenai silsilah keluarga sebelah ayah dan ibu, secara ringkas.

Nama ibu saya, Hajah Siti Shukra atau Katianah bte Mantar. Mantar bin Abdul Rauf atau Duraup.

Menurut saudara Madrus, Duraup adik beradik dengan Zaharah. Zaharah berkahwin dua kali, yang pertama dengan Langki @ Abdullah dan yang kedua dengan Datu Sa Lembak.

Anak-anaknya ialah jusi, ansal, itu, pela, kundu, yang teli, embu rabun (kelurga arwah Tiukup) dan banyak lagi. Yang Teli anaknya Haji Akim iaitu bapa kepada Japlin (kini YB Datuk Japlin Haji Akim).

Katanya, ada juga anak Dusi di Ranau yang pernah dijumpainya iaitu Ila dan Uli (juga akan ditelusuri nanti)

Catatan ringkas ini akan disusuli kemudian.

Perihal Madrus dan silsilah keluarga


Saya mulai mencari susur galur keluarga terutamanya daripada ayahanda saya, Haji Shaiddin Mohd.Hashim. Beliaulah yang banyak bercerita kepada saya mengenai jurai keturunan keluarga kami. Pengetahuan saya mengenai hubungan kekeluargaan dan kekerabatan itu diperluas lagi kerana saya rajin bertanya kepada arwah pakcik saya, Haji Rakunman Mantar dan arwah pakcik Iping Subuh.
Tetapi saya fikir ada beberapa tokoh atau personaliti yang layak dijadikan rujukan jika bercerita mengenai soal silsilah keluarga ini.
Antaranya ialah OKK Haji Masrin Haji Hassin, juga abang sepupu saya, Haji Asmad Ruddin.
Saudara Bakrim Haji Omar juga boleh dikatakan menguasai mengenai silsilah keluarga dan seorang lagi yang boleh menjadi rujukan ialah saudara Laliman Haji Ahmad.
Di kalangan kerabat, pakcik Samad bin Tawau juga memiliki pengetahuan mengenai susur galur keluarga. YB Datuk Haji Musbah (kini Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk) juga telah memasukkan silsilah keluarga, family tree dalam komputernya mengunakan microsoft Excell. Tetapi saya kira, Madrus Haji Ibrahim (gambar) mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam mengingat dan menghafal genealogy keluarga. Itulah sebabnya saya menyarankan ahli-ahli keluarga, kerabat dan saudara mara di Kota Belud mengambil kesempatan untuk bertanya mereka selagi hayat di kandung badan.
Nama Cikgu Hajat Haji Lassin juga, dan Razak Haji Rakunman juga mempunyai perbendaharaan mengenai silsilah keluarga yang boleh dijadikan rujukan kepada golongan kerabat kita.

Thursday, January 8, 2009

Kem Jati Diri


Kem Jati Diri anjuran Kelab Belia Tamau KEBETA, Persatuan Graduan Iranun Sabah dan Persatuan Keluarga Mantar Rashid yang diadakan tahun lalu.Tahun ini, saya belum dapat gambarnya.