Sunday, December 28, 2008

Keluarga Pakcik Ahmad Shah Takim

Kata ayahanda, Haji Shaiddin Mohd.Hashim, beliau terpisah dengan sepupunya Ahmad Shah Takim sejak mereka masih kecil lagi. Bapa kepada pakcik Ahmad Shah, iaitu Takim bin satuh adalah adik beradik dengan nenek saya, Sablah binte Satuh. Mereka ramai adik beradik.Salah satunya, Atuk Alim bin Satu yang meninggalkan legasinya yang tersendiri di Batu Payung Tawau, Batu 4 1/2 Jalan Apas Tawau..
Berpuluh-puluh tahun mereka tidak berjumpa. Bapa selalu menceritakan perihal sepupunya yang `hilang' itu. Kami berusaha mencarinya. Sehinggalah pada satu hari, September 1999, sewaktu dalam perjalanan pulang dari Tawau selepas menghadiri Majlis Perkahwinan Saya mereka singgah di Kampung Jaya Bakti. Kunjungan itu amat singkat sekali.Waktu itu, Pakcik Ahmadsah baru pulang dari Masjid dan agak terkejut juga menerima tetamu yang tidak disangka-sangka. Dari situ, perhubungan melalui surat menyurat, telefon dan sms terus berlanjut. Saya sendiri sempat singgah di rumah Kak Melati di Sandakan dalam perjalanan kami ke Kinabatangan. Akhirnya, dengan rahmat Allah S.W.T , pada Aidil Fitri dua tahun lalu, Pak cik Ahmad Shah anak beranak telah berkunjung ke kampung kami, di kampung Tamau Kota Belud. Pertemuan yang begitu mengharukan sekali. Keluarga pakcik Ahmadshah kini menetap di Kampung Jaya Bakti Beluran.
Pakcik Ahmadshah mempunyai seorang adik perempuan bernama Bu Dayang yang kini menetap di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Semoga kami dipertemukan. Dan Semoga keluarga kita diberi rahmat dan hidayahNya, dan semoga ikatan dan rasa kekeluargaan di antara kita terus berkekalan selama-lamanya.Amin

No comments: