Sunday, December 28, 2008

Keluarga Pakcik Ahmad Shah Takim

Kata ayahanda, Haji Shaiddin Mohd.Hashim, beliau terpisah dengan sepupunya Ahmad Shah Takim sejak mereka masih kecil lagi. Bapa kepada pakcik Ahmad Shah, iaitu Takim bin satuh adalah adik beradik dengan nenek saya, Sablah binte Satuh. Mereka ramai adik beradik.Salah satunya, Atuk Alim bin Satu yang meninggalkan legasinya yang tersendiri di Batu Payung Tawau, Batu 4 1/2 Jalan Apas Tawau..
Berpuluh-puluh tahun mereka tidak berjumpa. Bapa selalu menceritakan perihal sepupunya yang `hilang' itu. Kami berusaha mencarinya. Sehinggalah pada satu hari, September 1999, sewaktu dalam perjalanan pulang dari Tawau selepas menghadiri Majlis Perkahwinan Saya mereka singgah di Kampung Jaya Bakti. Kunjungan itu amat singkat sekali.Waktu itu, Pakcik Ahmadsah baru pulang dari Masjid dan agak terkejut juga menerima tetamu yang tidak disangka-sangka. Dari situ, perhubungan melalui surat menyurat, telefon dan sms terus berlanjut. Saya sendiri sempat singgah di rumah Kak Melati di Sandakan dalam perjalanan kami ke Kinabatangan. Akhirnya, dengan rahmat Allah S.W.T , pada Aidil Fitri dua tahun lalu, Pak cik Ahmad Shah anak beranak telah berkunjung ke kampung kami, di kampung Tamau Kota Belud. Pertemuan yang begitu mengharukan sekali. Keluarga pakcik Ahmadshah kini menetap di Kampung Jaya Bakti Beluran.
Pakcik Ahmadshah mempunyai seorang adik perempuan bernama Bu Dayang yang kini menetap di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Semoga kami dipertemukan. Dan Semoga keluarga kita diberi rahmat dan hidayahNya, dan semoga ikatan dan rasa kekeluargaan di antara kita terus berkekalan selama-lamanya.Amin

Friday, December 12, 2008


Gambar sekitar Majlis Perkahwinan Rossita Dewi Sh Baharun, anak saudara yang menetap di Lorong Lawa, kampung Likas Kota Kinabalu dengan Azren Haji Sabtari dari Kampung Cenderamata Dua Likas. Semoga berbahagia selamanya

Thursday, December 4, 2008

Pertemuan dengan Pakcik Saip bin Malul


Mungkin pertemuan kami itu tidak terduga. Kebetulan kami diajak minum oleh saudara Charles Masuil, mantan Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Nosoob Baru Penampang. Saya diperkenalkan oleh Charles kepada pakcik ini, Saip bin Malul, yang juga Pengerusi RT Kampung Contoh Petagas.
Kami bercerita mengenai Rukun Tetangga kerana kebetulan saya pernah aktif sebagai Ahli Jawatankuasa RT Seroja Likas beberapa tahun yang lampau.
Saya menanyakan nombor telefonnya kerana mana tahu di masa depan boleh menghubunginya jika ada keperluan. Dia minta kad nama tetapi saya tidak membawanya. Saya hanya memberikannya nama dan nombor telefon.
"Hubungilah kawan kita reporter ini , kalau ada berita' kata Charles seraya mengeluarkan kad nama saya yang masih disimpannya dan menunjukkannya kepada pakcik Saip.
"Oh, anak Hj Shaiddin yang di Taun Gusi tu?" kalau begitu kita saudara," katanya.
Saya terkejut juga kerana rupanya kami mempunyai kaitan keluarga. Katanya, ibunya bernama Jemah itu bersaudara dengan nenek saya. Jemah binte Sadong. Sadong bin Sabang. Sadong sepupu dengan atuk saya Haji Mohd.Hashim @ Markasham bin Datu Mialah. Sementara ibu Jemah itu bernama Mukan. Mukan pula adik beradik dengan Satuh, Duakis, Tiabah, Benteli, sakis,Mundui.
Jadi, Jemah adalah sepupu kepada nenek perempuan saya, Sablah binte Satuh. Antara saudara Jemah ialah Ila, Baka, Lamsah, Anda dan Ambal.
Ini bermakna bapa saya, Haji Shaiddin adalah dua pupu dengan pakcik Saip yang juga dikenali sebagai Ma' Mariam ini.
Jika begitu, pakcik Saip yang menetap di Kampung Contoh Petagas ini adalah bapa saudara saya.
Syukur Alhamdullah kerana kami telah dipertemukan meskipun pakcik ini sudah lama menetap di Petagas.

Tentang Mohd Rauf dan Puteri



Mohd Rauf Abd Razak Rakunman dan Puteri Musram Rakunman berjaya mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di SK Bukit Padang.Anak-anakku,Mohd Rauf dan Puteri bersepupu kerana bapa dia orang adik beradik. Brother Razak dan Musram pula adalah sepupu abah kerana Pakcik Haji Rakunman bin Mantar adalah adik beradik kepada `nenek kampung' Hajah Siti Sukra. Arwah Haji Rakunman adalah abangnya yang sulung, diikui oleh Bakung, mama Haji Asmad, Haji Arshad atau Ekong, bapa pakcik Parsat, Haji Mohd salleh atau Sebang bapa makcik Norhidayah, atuk Maning bapa kepada si pakcik Ahmad Mustah, arwah pakcik Umbul, bapa pakcik Daud dan `nenek kampung' iaitu mama abah

Keluarga Norhidayah Haji Mohd.Salleh


Sepupu saya, Cikgu Norhidayah Haji Mohd.Salleh baru balik bercuti dari Kuala Lumpur. Saya menemui Cikgu Norhidayah atau lebih dikenali sebagai ina indah bersama suaminya Ramlee Abok di Restoran Malindo Wisma Merdeka. Suaminya, Cikgu Ramlie berasal dari Kampung Pengalat, Papar
Bersama mereka dalam gambar ini ialah Mohd Amin, Mohd Anas dan Mohd.Asraf dan Mohd.Fikri Sharip Kasap iaitu anak Saimah, adik kepada cikgu Norhidayah ini. Kesemua mereka menuntut di SK Cochrane KL. Tiada dalam gambar ialah Nor Amalina dan Nur Ainun Nisa yang dipanggil Bibi.
Haji Mohd.Salleh itu adalah abang kepada ibu saya, Hajah Siti Sukra atau Hajah Katianah Bte Mantar.
Ini bererti anak-anak ini sepupu dua kali kepada anak saya, Sitti Mehran Yasmine,Ahmad Fawzan dan Ahmad Aliff Farhan

mengenai kami


Kalau tak silap, gambar ini dirakam pada awal November di rumah mertua saya di Kampung Titingan Hujung, Tawau. Ini gambar anak saya, Sitti Mehran Yasmine yang tahun depan akan berada dalam tahun tiga di Sekolah Yuk Chin. Ahmad Fawzan akan masuk tiga tahun pada 6 Januari. Aliff Farhan yang membelakang kamera.
Mertua saya bernama Hajah Jamilah Jamal sementara arwah mertua lelaki bernama Nurdin bin Hassan. Hassan bin Hussin......

Mengenai blog ini


Saya membina blog ini untuk bercerita kepada anak-anak mengenai asal usul dan keluarga mereka. Saya berharap akan lebih banyak input dan maklumat yang dapat diketemukan dengan terbinanya blog ini. Saya berharap saudara, manga pagari dan denakan agar dapat memberikan respon dan maklumat untuk membolehkan saya menyusun silsilah keluarga

Tuesday, December 2, 2008

sekadar percubaan.Blog ini didekasikan untuk silsilah keluarga